Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Mesyuarat bersama Naib Presiden bagi Bahagian Asia Timur & Pasifik di Washington

Sesi Mesyuarat bersama Naib Presiden bagi Bahagian Asia Timur & Pasifik di Washington

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan mesyuarat bersama Puan Manuela V. Ferro, Naib Presiden bagi Bahagian Asia Timur dan Pasifik dari Kumpulan Bank Dunia di Washington.

Pelbagai perkara telah disentuh semasa mesyuarat tersebut, termasuk perbincangan yang mendalam mengenai pergolakan antara Rusia dan Ukraine, dan bagaimana situasi tersebut telah menjejaskan rantaian bekalan dunia, lantas melonjakkan harga bagi pelbagai barang asas di serata dunia.

Turut dibincangkan adalah langkah-langkah yang diambil oleh pelbagai negara dalam isu kenaikan harga tersebut. Seperti yang beliau sebutkan sebelum ini, Kerajaan dianggarkan akan berbelanja sejumlah RM28 bilion bagi subsidi RON95 untuk tahun 2022. Selain itu, mereka juga telah menyentuh mengenai prospek pemulihan dunia dan juga negara yang kini terkesan akibat pergolakan tersebut.

Beliau juga telah memberikan penerangan mengenai rancangan Kerajaan untuk membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal, atau FRA, serta usaha negara ke arah pelaksanaan bantuan kewangan dan subsidi bagi barangan asas yang lebih bersasar. Ini akan memastikan pemberian yang lebih adil dan saksama, terutamanya bagi golongan B40, serta keutamaan Kerajaan untuk berbelanja lebih kepada aspek-aspek pembangunan negara dari penjimatan tersebut.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil-wakil dari Kumpulan Bank Dunia, serta #TeamMOF yang telah turut serta dalam memberikan input mengenai situasi semasa kedudukan kewangan Kerajaan dan ekonomi negara. Beliau berharap sesi seperti ini dapat diteruskan, terutamanya dalam berkongsi pendapat dan kepakaran untuk kesejahteraan seluruh Keluarga Malaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility