YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan mesyuarat secara dalam talian bersama pegawai MATRADE di Putrajaya dan di Amerika Syarikat untuk mendapatkan penjelasan dan taklimat berkenaan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat.
Terima kasih beliau ucapkan kepada semua yang telah memberikan taklimat yang ringkas dan padat sebagai persediaan beliau untuk pertemuan dengan Penolong Setiausaha Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Amerika Syarikat, Puan Alexia Latortue.