YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan mesyuarat bersama YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) untuk membincangkan mengenai pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) dengan peruntukan sebanyak RM700 juta untuk meneruskan usaha ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 30 sekolah terutamanya di luar bandar.
Kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi kemudahan internet di 40 Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Perkhidmatan 5G juga akan diperluas kepada 36 peratus dari kawasan kepadatan tinggi termasuk di bandar utama di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Beliau berharap dengan merapatkan jurang digital, kita akan dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan baharu demi #KeluargaMalaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai #Bajet2022, orang ramai boleh melayari di laman sesawang: budget.mof.gov.my/manfaat