Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pelancaran Pameran Seni di Publika, Kuala Lumpur

Sesi Pelancaran Pameran Seni di Publika, Kuala Lumpur

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan melancarkan sebuah pameran seni di Publika, Kuala Lumpur iaitu Pemulihan: Pembaharuan Exhibition.

Pameran yang disokong oleh UEM Sunrise dan Yayasan Hasanah tersebut menampilkan seramai 89 anak seni tempatan daripada pelbagai latar belakang kerja yang menceritakan kisah Keluarga Malaysia dalam mengharungi pandemik COVID-19, dalam interpretasi seni tersendiri.

Beliau amat kagum apabila melihat karya mereka dan sebagai seorang peminat seni tempatan, beliau merasakan sokongan orang ramai harus diberikan kepada penggiat seni tanah air kerana mereka juga antara sektor yang amat terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kerajaan juga terus komited menyokong sektor tersebut menerusi pebagai inisiatif seperti RM225 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan RM10 juta dalam bentuk geran menerusi Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) bagi memastikan kelangsungan hidup penggiat seni. Bagi #Bajet2022, RM188 juta diperuntukkan untuk memulih semula industri kreatif.

 

 

Arkib Foto

Logo Accessibility