YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan meninggalkan Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Putrajaya untuk membentangkan #Bajet2023 di Parlimen.

Turut bersama-sama beliau adalah YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan YB Datuk Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II serta diiringi YBhg. Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Terima kasih beliau ucapkan kepada semua #TeamMOF yang berusaha bertungkus lumus untuk menyediakan bajet yang Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.
Beliau berharap agar pembentangan Bajet 2023 berjalan lancar.