YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan membentangkan Bacaan Kali Kedua Peraturan Menimbangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2021 dan Anggaran Pembangunan Tambahan 2021.
Ini adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu pada tahun tersebut.
Perbelanjaan tambahan sebegini amat diperlukan terutamanya untuk menyalurkan bantuan banjir, menampung subsidi petroleum serta minyak masak dan keperluan pembelian ubat-ubatan bagi Kementerian Kesihatan.