YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mendapatkan dos penggalak susulan Timbalan Yang di-Pertua Speaker telah mengumumkan bahawa semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan diberikan ‘booster shot vaccine’ COVID-19. Proses pemberian vaksin turut berjalan lancar dan beliau amat bersyukur.

Semasa ucapan #Bajet2022 baru-baru ini, beliau telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah pun menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos iaitu bersamaan lebih 140 peratus penduduk dan cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas. Ini semua demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia. ⠀

Beliau turut berharap agar semua yang masih ragu-ragu mengenai vaksin, hendaklah mendapatkan penjelasan dari pakar Kementerian Kesihatan.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada frontliners yang telah membantu beliau dan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara lain sepanjang sesi pemberian dos penggalak serta juga merakamkan penghargaan kepada semua frontliners yang sedang giat berusaha memastikan Malaysia selamat dari pandemik COVID-19.
