Pilih bahasa anda
Kerajaan MADANI berjaya memuktamadkan perjanjian penyaluran semula pinjaman RM5 bilion bagi membiayai Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS).
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER) dengan Export-Import Bank of China (CEXIM).
Turut hadir menyaksikan majlis ialah YAB Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air; YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri; YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; Chen Huaiyu, Pengerusi CEXIM; Lin Shiguang, Charge d’Affaires Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia; serta Jun Xie, Naib Presiden China National Petroleum Corporation (CNPC).
Langkah ini membolehkan sebahagian pinjaman berkaitan projek TSGP dan MPP disalurkan semula untuk membangunkan infrastruktur bekalan air yang dijangka memberi manfaat kepada rakyat di utara Perak dan Pulau Pinang, selain menyokong keperluan pertanian dan perindustrian.