YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menggulung Perbahasan Titah Diraja bagi pihak Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di kedua-dua belah pihak atas soalan-soalan yang diajukan kepada MOF.
#TeamMOF akan terus bekerja keras dengan penuh integriti dalam memastikan segala pelaksanaan langkah-langkah Kerajaan akan dijalankan dengan cekap bagi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi.