YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah menyampaikan sumbangan agihan daging korban kepada seramai 187 kakitangan kumpulan pelaksana (sokongan II) Kementerian Kewangan (MOF) di Kompleks MOF, Putrajaya.

Turut hadir, YBhg. Datin Paduka Roslinah Md Jani, Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan (BDSP) dan YBrs. Dr Nirwan Noh, Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi (FED).


