YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dalam Majlis Ihya Kasih Ramadan dan Sumbangan Aidilfitri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor.
![]() |
![]() |
Turut bersama-sama beliau dalam majlis tersebut ialah YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yang Mulia Engku Maharaja Lela Setia Paduka Syed Budriz Putra, Orang Besar Istana, YBhg. Dato' Mohammad Yaacob Dato' Ismail, Orang Besar Daerah Kuala Selangor, YBhg. Dato' Hj Jahaya Ibrahim, Nazir dan ahli jawatankuasa Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Selain sumbangan Ramadan dan Aidilfitri, YB Tan Sri Noh Omar juga berkesempatan menyampaikan cek bantuan banjir usahawan Keluarga Malaysia kepada sebilangan golongan usahawan yang terjejas banjir baru-baru ini.

Majlis sumbangan telah berjalan cukup lancar diikuti dengan jemputan berbuka puasa bersama-sama dan kemudiannya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah sebelum diakhiri moreh.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program tersebut terutamanya kepada pengarah program iaitu Dato' Azley Yahya dan pasukan serta semua petugas yang telah bertungkus-lumus.
![]() |
![]() |