YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah menyampaikan surat pelantikan kepada YBrs. Puan Hasliana Kamarudin.

Beliau ditempatkan sebagai Timbalan Pengarah Belanjawan (Sosial), Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan berkuat kuasa mulai 2 Mei 2023 memangku PTD Gred Utama C.

Turut hadir, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).