YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan menyampaikan Syarahan Ulung Kursi Siddiq Fadzil berjudul ‘’Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia” di Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya.
Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan adalah aspek penting yang mesti diberi penekanan terutamanya dalam usaha dan upaya kita membangun masyarakat serta tamadun yang gemilang dan bersatu padu.
Anak-anak muda hari ini terutamanya mesti berani menolak fahaman kolot yang merugikan diri dan negara agar kita dapat bangkit sebagai kekuatan baharu masyarakat madani.