YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan ,Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pejabat Jajahan Machang, Kelantan.

Turut bersama-sama beliau adalah Pegawai Daerah, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif ECRL Malaysia Rail Link.

Terima kasih beliau ucapkan kepada urus setia yang telah mengaturkan majlis tersebut. Semoga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi bawah Kementerian Kewangan terus membantu rakyat yang dilanda musibah.
