Sesi penyerahan Bantuan Keluarga Malaysia kali ini telah diadakan di 3 daerah serentak iaitu Tongod, Kinabatangan dan Nabawan, Sabah.
Lokasi penyerahan tunai kepada Penerima BKM Tiada Akaun Bank bagi daerah Kinabatangan telah berlangsung di Dewan Terbuka Pejabat Daerah dan seawal jam 8.00 pagi, jumlah pengunjung adalah seramai 158 orang.
Penyerahan tunai adalah sebanyak RM53,450 berjaya diserahkan kepada para penerima yang layak.
Acara rasmi penyerahan BKM dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanahairku dan bacaan doa disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Tn. Abd. Manap Abd Ruhim, Pegawai Daerah Kinabatangan.
Majlis penyerahan BKM Kinabatangan turut telah dirasmikan wakil kepada YB DSP Dr. Bung Moktar Haji Radin, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Kerja Raya Sabah iaitu Tuan Abu Bakar Gapar.
Dalam pada itu, sesi penyerahan BKM di Tongod telah berlangsung di Dewan Masyarakat Tongod. Penyerahan Tunai kepada Penerima BKM Tiada Akaun Bank telah berlangsung di Dewan Terbuka Pejabat Daerah seawal jam 8.00 pagi dengan jumlah pengunjung seramai 233 orang.
Penyerahan tunai RM89,400.50 berjaya diserahkan kepada seramai 150 penerima yang layak.