YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan merasmikan kempen ‘Move With Luno’ oleh Luno Malaysia.

Seiring minat terhadap aset digital dalam kalangan rakyat Malaysia yang terus berkembang, di mana ramai pelabur melihat kriptowang sebagai salah satu alternatif simpanan bernilai atau permulaan kepada perjalanan pelaburan, beliau juga menekankan bahawa risiko-risiko tertentu tetap akan muncul.

Untuk meminimumkan risiko-risiko sebegini, salah satu keutamaan Kementerian Kewangan (MOF) adalah untuk menggalakkan pelabur melindungi pelaburan mereka dengan ‘outreach’ dan komunikasi yang berkesan.

Beliau yakin bahawa kesedaran dan pendidikan adalah penting untuk membantu pengguna mempelajari dan memahami cara teknologi serta inovasi baharu seperti aset digital berfungsi, untuk menyedari risiko asas dan membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.
Luno juga merupakan salah satu daripada bursa aset digital yang dikawal selia oleh Kerajaan.