YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan merasmikan Kursus Bakeri Dan Pastri anjuran Kementerian Sumber Manusia menerusi HRD Corp dengan kerjasama Tenaga Intech.

Kursus Bakeri dan Pastri yang dijalankan selama tiga hari tersebut adalah bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan para peserta dalam bidang bakeri dan pastri, agar mereka dapat menjana pendapatan dari kemahiran tersebut.

Inisiatif sebegini merupakan sebuah usaha menyeluruh, di mana bukan sahaja para peserta diberikan latihan yang komprehensif, tetapi juga mereka dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan perniagaan termasuk cara-cara menjual secara dalam talian dan secara langsung.

Sejak Jun 2020, program latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan oleh HRD Corp telah membantu hampir 100,000 peserta. Program seperti ini sangat penting di samping program bantuan tunai Kerajaan.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur dan diharapkan program seperti ini akan terus berjalan dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |