Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perasmian Makmal Kastam di AKMAL, Melaka

Sesi Perasmian Makmal Kastam di AKMAL, Melaka

Keupayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam melaksanakan analisis saintifik kini diperkukuh menerusi penubuhan Makmal Kastam, yang telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka.

Makmal ini akan membantu memastikan klasifikasi barangan yang lebih tepat dan konsisten, mengurangkan risiko salah ikrar serta ketirisan hasil, di samping menyokong kelancaran perdagangan yang sah.

Kerjasama strategik bersama Jabatan Kimia Malaysia, Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Customs Central Laboratory of Japan turut memperkukuh pembangunan kepakaran, kaedah analisis serta pemindahan teknologi dalam kalangan pegawai JKDM.

Penubuhan Makmal Kastam mencerminkan komitmen Kerajaan untuk membangunkan pentadbiran kastam yang lebih cekap, berintegriti dan berdaya saing dalam melindungi hasil negara serta memudah cara perdagangan.

Arkib Foto