Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perasmian Pusat MYFutureJobs di UTC Pulau Pinang

Sesi Perasmian Pusat MYFutureJobs di UTC Pulau Pinang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan telah merasmikan Pusat MYFutureJobs, iaitu sebuah pusat sehenti bagi pencari kerja yang dikelolakan oleh PERKESO.

Dalam usaha membantu #KeluargaMalaysia, Kerajaan akan memberikan insentif gaji sehingga RM36,000 untuk 12 bulan kepada majikan berdaftar yang menggaji pekerja mengikut kriteria yang ditetapkan. Antara golongan yang boleh mendapat manfaat adalah perantis, pencari kerja am, golongan mudah terjejas, wanita, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Selain insentif penggajian, terdapat juga program-program lain di bawah insiatif JaminKerja seperti MySTEP dan Upskill Malaysia dengan peruntukan keseluruhan RM4.8 bilion untuk mencipta 600,000 pekerjaan.

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai manfaat buat pencari kerja, atau manfaat-manfaat Kerajaan lain, orang ramai boleh melayari pautan-pautan seperti berikut:

Portal Manfat Bajet 2022 - https://budget.mof.gov.my/manfaat/
Portal MYFutureJobs - https://www.myfuturejobs.gov.my
Portal MySTEP - https://mystep.mof.gov.my
Portal Upskill Malaysia - https://upskillmalaysia.gov.my
 

Arkib Foto

Logo Accessibility