Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbentangan KPI 100 Hari Kementerian Kewangan

Sesi Perbentangan KPI 100 Hari Kementerian Kewangan

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dan YBhg. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali untuk pembentangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100 Hari Kementerian Kewangan (MOF). ⠀

Sesi pembentangan tersebut telah berjalan dengan lancar dan bagi pihak MOF, segala maklum balas dan pandangan YAB Perdana Menteri dan YBhg. Ketua Setiausaha Negara akan diteliti #TeamMOF untuk menambahbaik mutu perkhidmatan. ⠀

Pastinya, pembentangan yang dibuat adalah berkisarkan gerak kerja MOF semasa 100 hari pertama pentadbiran YAB Perdana Menteri dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi.

#TeamMOF akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terus berjalan lancar.

Arkib Foto

Logo Accessibility