YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi perbincangan #Bajet2022 bersama #TeamMOF di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya.

Sesi tersebut dilaksanakan untuk memastikan proses penyediaan #Bajet2022 berjalan lancar.⠀
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas semangat dan dedikasi #TeamMOF. Pengorbanan #TeamMOF akan sentiasa beliau hargai dan semua adalah demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.