YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara, untuk membincangkan mengenai input #Bajet2022 bagi memperkasakan lagi agenda perpaduan negara. ⠀
Dalam menghadapi COVID-19, perpaduan antara kaum di negara kita amat terserlah dan telah membuktikan bahawa latar belakang, warna kulit mahupun asal usul tidak dapat memisahkan kita sebagai sebuah #KeluargaMalaysia.⠀ ⠀
Walaupun terdapat segelintir individu yang cuba menggugat keharmonian kita, beliau amat percaya mereka ini tidak akan dapat mematahkan semangat perpaduan yang telah disemai sekian lama. ⠀
Kerajaan akan sentiasa berusaha agar agenda perpaduan negara terus dipacu dengan penglibatan semua pihak bagi memastikan kemakmuran dan keharmonian negara tercinta ini.