YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan perbincangan susulan bersama wakil-wakil Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mengenai input dan cadangan #Bajet2022.
Peranan GLIC dan GLC tersebut amat luas, bukan sahaja dari segi memperkasa ekonomi negara, tetapi juga dalam memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia terus terjamin. Sebagai Menteri Kewangan, bagi beliau, ia merupakan satu tanggungjawab untuk memastikan inisiatif-inisiatif yang diambil oleh syarikat-syarikat tersebut adalah untuk kebaikan rakyat tanah air kita dan selaras dengan visi dan inspirasi Kerajaan kita. ⠀ ⠀
Kerajaan sentiasa berusaha dengan kerjasama GLIC dan GLC bagi memastikan langkah-langkah yang diambil dapat memberikan impak langsung kepada masyarakat, terutamanya golongan yang amat memerlukan.