YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama Agensi Penarafan Moody’s bagi membincangkan strategi fiskal jangka sederhana dan panjang serta prospek pertumbuhan Malaysia.
Sesi bersama agensi penarafan adalah amat penting bagi memastikan penarafan yang adil dan termaklum. Ia juga memberi ruang kepada pelabur asing untuk menilai prospek ekonomi Malaysia dengan lebih telus.