YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan perbincangan dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama dengan YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.

Perbincangan tersebut melibatkan cadangan pembangunan dan naik taraf infrastruktur serta fasiliti penjaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara.