Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan Bersama Jawatankuasa Pemantauan #Bajet2022

Sesi Perbincangan Bersama Jawatankuasa Pemantauan #Bajet2022

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama Jawatankuasa Pemantauan #Bajet2022 selepas selesai sesi di Dewan Rakyat untuk mendapatkan maklumat terkini pencapaian pelaksanaan inisiatif-inisiatif dan maklum balas sejak perlaksanaannya bermula.

Dapatan tersebut juga akan dibawa untuk perhatian Jawatankuasa Induk Pemantauan Bajet yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.

#Bajet2022 merupakan bajet terbesar yang diumumkan Kerajaan dan dirangka khusus untuk memulih semula kehidupan #KeluargaMalaysia dan ekonomi negara terutamanya pada era pasca pandemik COVID-19.

Menerusi sesi libat urus seperti ini, Kementerian Kewangan dapat mengenal pasti kelemahan dan berusaha ke arah menambah baik perkhidmatan sedia ada, di samping merencana langkah-langkah baharu bagi kesejahteraan semua #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility