Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah mengadakan sesi perbincangan bersama MDEC dan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) untuk mengenal pasti isu-isu semasa berkaitan dengan industri teknologi.
Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac tahun ini, banyak perniagaan telah beralih arah kepada penggunaan teknologi digital dan seiiring dengan itu, ramai pengguna telah memanfaatkan platform digital ini.
Pelbagai isu yang telah dibincangkan berkenaan industri teknologi dan terdapat usaha yang boleh diberi perhatian untuk memajukan dan mendorong pertumbuhan ekonomi melalui teknologi digital.

