Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan Bersama Menteri Kewangan Turkiye

Sesi Perbincangan Bersama Menteri Kewangan Turkiye

Sementara mesyuarat empat mata antara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Presiden Erdogan berlangsung, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi perbincangan bersama TYT Nureddin Nebati, Menteri Kewangan Turkiye di Istana Presiden.

Sepanjang sesi tersebut, turut dibincangkan pelbagai isu termasuk ekonomi dan kewangan global serta serantau dan kerjasama Malaysia-Turkiye dalam pelbagai bidang seperti kewangan Islam. Beliau dan Menteri Kewangan Turkiye juga telah berkongsi mengenai cabaran ekonomi dan kewangan di negara masing-masing.

Sesi sebegini akan menjadi titik pemula kepada kerjasama lebih rapat antara Malaysia-Turkiye pada masa akan datang. Semoga kedua-dua buah negara terus berkembang maju demi kesejahteraan rakyatnya.

 

 

Arkib Foto

Logo Accessibility