Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan bersama Menteri Luar Negara dan Menteri Tenaga Manusia Singapura

Sesi Perbincangan bersama Menteri Luar Negara dan Menteri Tenaga Manusia Singapura

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama H.E. Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Negara Singapura dan H.E. Tan See Leng, Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Singapura untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa.

H.E. Tan See Leng merupakan kenalan lama sejak beliau di sektor perbankan. Semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, H.E Tan See Leng merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare. ⠀

Antara topik yang telah disentuh adalah mengenai kesejahteraan rakyat Malaysia di Singapura, terutamanya mereka yang terkandas lama akibat pandemik COVID-19.

Selain itu, mereka juga bertukar pandangan mengenai usaha-usaha bersama Malaysia-Singapura dalam merancakkan lagi ekonomi, pasaran buruh dan aktiviti perdagangan dua hala.

Arkib Foto

Logo Accessibility