YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama Task Force #Bajet2022 untuk sesi perbincangan.

Pasukan tersebut memainkan peranan besar dalam menyelaras, merangka dan memformulasi inisiatif-inisiatif di dalam #Bajet2022.

Kini pasukan tersebut sudah mula beransur-ansur kembali ke tugas hakiki di Bahagian dan Agensi masing-masing, oleh itu, pertemuan sebegini merupakan satu peluang untuk beliau lahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas komitmen dan usaha yang telah mereka berikan selama ini.
