YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk bersama-sama #TeamMOF bagi membincangkan status terkini gerak kerja.

Ini termasuk pelaksanaan inisiatif #Belanjawan2021, perkembangan isu semasa yang berkaitan ekonomi dan kewangan negara, maklum balas pelbagai pihak dan langkah-langkah seterusnya untuk #Bajet2022.
![]() |
![]() |
Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan untuk #TeamMOF atas dedikasi berterusan mereka demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.