Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan Bersama Timbalan Presiden Turkiye

Sesi Perbincangan Bersama Timbalan Presiden Turkiye

Selepas lawatan ke FNSS Defense System, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima menghadap TYT Fuat Oktay, Timbalan Presiden Turkiye, bersama delegasi   pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Turkiye. Turut bersama-sama adalah YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan selaku menteri pengiring.

Mesyuarat tersebut telah diadakan untuk membincangkan mengenai hubungan dua hala Malaysia-Turkiye secara diplomatik dan ekonomi.

Dalam pada itu, turut dibincangkan berkenaan memperkasakan lagi Kerangka Kerja Bagi Kerjasama Strategik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif yang dicapai semasa lawatan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri pada bulan lalu.

Hubungan dua hala Malaysia-Turkiye akan lebih erat demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan Turkiye.

Arkib Foto

Logo Accessibility