YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor bagi membincangkan perkembangan ekonomi dan kebajikan rakyat Selangor.

Antara topik yang dibincangkan adalah berkenaan pelaksanaan inisiatif-inisiatif Kerajaan yang membantu kelangsungan hidup #KeluargaMalaysia, pemulihan semula perniagaan dan pemerkasaan ekonomi tempatan. ⠀ ⠀
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar kerana telah sudi menerima sesi kunjungan beliau.