Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perbincangan Pasca #Bajet2022

Sesi Perbincangan Pasca #Bajet2022

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama British Malaysian Chambers of Commerce (BMCC) secara maya untuk sesi perbincangan pasca #Bajet2022.

Sesi tersebut telah menyentuh beberapa perkara penting yang menjadi fokus Kementerian Kewangan serta pemain-pemain industri seperti inisiatif-inisiatif #Bajet2022 untuk sektor perniagaan dan usaha-usaha pemulihan ekonomi negara.

Beliau juga telah menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan ahli-ahli BMCC. Malaysia komited untuk mengukuhkan kerjasama dengan United Kingdom, khususnya dalam hal perdagangan bilateral demi kelangsungan ekonomi kedua-dua buah negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility