YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berjumpa dengan pemilik-pemilik motel dan inap desa iaitu di Riverra Inn dan Penarak Bamboo Resort yang mana mereka adalah antara pengusaha hotel tempatan yang mengalami kesukaran dalam perniagaan apabila pandemik COVID-19 melanda negara.
![]() |
![]() |
Sepanjang sesi perjumpaan, pelbagai cadangan dan pandangan telah diutarakan dan #TeamMOF akan mempertimbangkan segala cadangan dan pandangan untuk pembentangan #Bajet2022.
![]() |
![]() |
Beliau berharap rakyat dapat bersabar dan beliau percaya bahawa tidak lama lagi sektor pelancongan negara akan rancak kembali seperti sebelum ini.
