YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kedah, YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Nor bagi membincangkan beberapa perkara termasuk berkaitan #Bajet2022.
Beliau turut berkesempatan menyampaikan perkembangan terkini berkenaan inisiatif-inisiatif ekonomi daripada Kementerian Kewangan dan turut mendengar beberapa permintaan serta cadangan Kerajaan negeri Kedah untuk dimasukkan dalam #Bajet2022.
Sepanjang perjumpaan semuanya telah berjalan dengan lancar dan #TeamMOF akan mempertimbangkan pelbagai sudut untuk mengimbangi keperluan rakyat di Kedah, seluruh Malaysia dan keadaan ekonomi negara.