YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menyantuni para perantau, yang berada jauh dari kampung halaman asal mereka demi mencari rezeki di Lembah Klang.

Antaranya adalah para peniaga, mereka yang berada dalam kalangan pekerjaan profesional, para pengusaha pelbagai industri malah terdapat juga yang bekerja sendiri. Bagi beliau, segala input yang mereka berikan untuk #Bajet2022 adalah amat penting kerana ia melibatkan kelangsungan hidup mereka di kawasan bandar yang penuh dengan cabaran.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Beliau mengambil maklum segala pandangan dan cadangan yang diberi dan akan meneliti sebaik mungkin.
![]() |
![]() |
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dalam sesi perjumpaan tersebut.
