YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama seramai lebih 30 pelabur modal teroka (VC) asing yang berpengkalan di London.

Tujuan utama adalah untuk bertukar pandangan dan berbincang berkenaan faktor-faktor yang membolehkan Malaysia melahirkan lebih ramai usahawan dan syarikat pemula (startups) yang berpotensi besar.
![]() |
![]() |
Modal teroka atau ‘venture capital’ adalah sumber pembiayaan penting dalam perniagaan peringkat awal dan permulaan atau lebih dikenali sebagai ‘startup’ dan ia memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong usaha inovasi demi memperkukuh agenda kelestarian dan sosial.
![]() |
![]() |
Dengan kerjasama Penjana Kapital, iaitu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan serta pelbagai pihak berkepentingan yang lain, Malaysia akan menjadi sebuah hab serantau yang maju untuk syarikat-syarikat pemula.
