YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mempengerusikan sesi perjumpaan di antara YB Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (FELCRA) Berhad dan YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi membincangkan isu bayaran balik cukai seramai 501 orang pesara FELCRA.
Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mat Roni Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad dan YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar Sarman, Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan.
Satu penyelesaian dapat disepakati dalam sesi perbincangan tersebut. Beliau berharap penyelesaian isu tersebut akan dapat membantu para pesara FELCRA yang berhadapan dengan isu tersebut.