Foto

Sesi Perjumpaan Bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Sesi Perjumpaan Bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berada di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk mendapatkan perkembangan terkini berkenaan ‘Capital Market’ di Malaysia.

Selain menggalas amanah untuk menjaga pelabur negara dengan baik dan memastikan ia tidak mempunyai sebarang unsur jenayah, SC juga berperanan mempromosikan dan mengekalkan sekuriti dan pasaran hadapan yang adil, cekap, selamat dan telus bagi menyediakan pasaran kewangan yang berinovatif dan berdaya saing.

Beliau amat berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan oleh pihak SC dan #TeamMOF akan sentiasa bekerjasama dengan SC untuk pembangunan ekosistem industri pelaburan dan pasaran kewangan.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan tertinggi SC yang turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut.

Arkib Foto

Logo Accessibility