Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perjumpaan bersama UKABC di London

Sesi Perjumpaan bersama UKABC di London

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi perjumpaan bersama UK-ASEAN Business Club (UKABC) di London.

Pelbagai topik telah dibincangkan dengan pelabur-pelabur di Malaysia dan Asia Tenggara. Rata-rata kebanyakan mereka yakin dengan potensi Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

 

Beliau turut berkongsi pendapat berkenaan peluang-peluang akan datang contohnya di dalam sektor pertanian, kesihatan dan pendidikan berasaskan (agritech, healthtech, edutech). Kesemua ini akan dipacu oleh pelaksanaan pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan teknologi 5G.

 

Beliau juga menekankan bahawa Malaysia merupakan tapak yang sempurna bagi pelabur asing, terutamanya sebagai gateway kepada pasaran ASEAN yang mempunyai seramai 680 juta penduduk. Malaysia sememangnya mempunyai banyak tarikan untuk para pelabur antaranya dari segi infrastruktur fizikal dan digital, modal insan, kestabilan pentadbiran, termasuk insentif cukai dan pelaburan serta komitmen kepada tanggungjawab fiskal dan prinsip kelestarian.

 

Bagi beliau, pelbagai cara yang boleh diusahakan bersama untuk menjana pertumbuhan sektor-sektor baharu yang bakal mencipta pekerjaan nilai tinggi untuk Keluarga Malaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility