YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama wakil-wakil daripada Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membincangkan berkenaan beberapa perkara yang berbangkit dan antaranya ialah isu kemiskinan haid susulan pertemuan beliau dengan wakil-wakil daripada Ahli Parlimen Wanita Muda sebelum ini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Dato' Mohd Nizar Haji Zakaria, Pengerusi LPPKN, Tuan Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan Puan Wan Hilya Munira Mustapha, Pegawai Perubatan LPPKN kerana sudi hadir dalam pertemuan tersebut. Kerajaan akan cuba menambah baik kebajikan rakyat khususnya golongan wanita dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan seluruh negara.
