Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Perjumpaan Bersama Warga JKDM Johor

Sesi Perjumpaan Bersama Warga JKDM Johor

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan sesi perjumpaan bersama warga pengurusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor di Stesen Mersing.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada JKDM yang selama ini memainkan peranan yang cukup besar dalam membanteras segala bentuk penyeludupan dan penyelewengan di darat dan juga di laut, membantu memungut hasil negara, memberi fasilitasi kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta memastikan pematuhan perundangan.

Beliau berharap agar perjumpaan sebegini dapat memberikan penjelasan serta dapat lebih memahami berkenaan segala gerak kerja yang dilakukan oleh JKDM dalam memastikan kemakmuran negara supaya lebih terjamin.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility