YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berjumpa dengan nelayan-nelayan muda, persatuan penyelam skuba dan pemain industri pelancongan di Terengganu.
Beliau juga berkesempatan meninjau Projek Pemecah Ombak yang sudah siap kira-kira sebanyak 65 peratus.
Beliau juga dimaklumkan disebabkan kejadian air pasang semasa musim tengkujuh, menyebabkan beberapa buah rumah sudah tidak boleh diduduki dan dijangka lebih banyak rumah bakal rosak sekiranya projek pemecah ombak ini tidak dipercepatkan dan boleh menyebabkan risiko kemalangan jiwa berlaku.
Beliau akan memberikan perhatian terhadap projek tersebut bagi memastikan keselamatan penduduk diutamakan.