YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan Pasukan Bajet 2023 telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sarawak untuk mendengar taklimat dan mendapatkan maklum balas berkenaan keadaan terkini berhubung sosioekonomi negeri Sarawak bagi persediaan untuk #Bajet2023.

Pelbagai isu dan dapatan yang beliau terima dan adalah amat penting untuk pihak Kementerian Kewangan mencari solusi dalam merancang #Bajet2023 yang akan dibentangkan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Puan Dayang Rozana, Pengarah Jabatan Perangkaan negeri Sarawak dan seluruh pasukan DOSM negeri Sarawak kerana telah menunjukkan kesungguhan dalam mengumpulkan data-data bagi memudahkan perancangan #Bajet2023.
#TeamMOF akan sentiasa mengambil kira segala permasalahan rakyat di peringkat akar umbi agar bajet kali ini akan menjadi sebuah bajet yang inklusif dan menyentuh pelbagai lapisan masyarakat.
![]() |
![]() |