YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Dewan Negara bagi menjawab soalan di Sesi Pertanyaan Lisan.

Soalan adalah daripada YB Tuan Ir. Md. Nasir Hashim mengenai sama ada Malaysia akan menambat Ringgit Malaysia kepada USD dan faktor-faktor lain yang mengakibatkan kemerosotan Ringgit Malaysia.

Selain itu, beliau juga telah menjawab soalan daripada YB Tuan Jefridin Atan mengenai langkah Kerajaan dalam meminimumkan impak daripada langkah pengetatan monetari yang agresif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, strategi Kerajaan menangani risiko pertukaran mata wang asing dan impak kejatuhan Ringgit Malaysia kepada ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan Negara yang telah mengajukan soalan.