YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Datuk Shaik bakal mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang akan menamatkan khidmat baktinya pada 30 Jun ini.
Beliau menzahirkan rasa keyakinan yang tinggi kepada Datuk Shaik dalam meneruskan kebijakan monetari yang mampan serta stabil dan ia pastinya akan ditingkatkan agar kedudukan kewangan negara menjadi lebih baik, kukuh dan stabil.
Beliau juga utus penghargaan buat Tan Sri Nor Shamsiah atas jasa bakti mengemudi Bank Negara Malaysia (BNM) terutamanya ketika negara melalui saat-saat sukar dan getir sepanjang tempoh wabak menyerang.
Beliau menaruh sepenuh kepercayaan kepada Gabenor yang baharu dalam mendepani tantangan semasa lantas mencipta lonjakan yang baharu buat negara tercinta.