Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan Bersama GLIC Di MOF

Sesi Pertemuan Bersama GLIC Di MOF

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) berhubung Belanjawan 2023 di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.

Beliau menekankan bahawa GLIC dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) berperanan dalam menyumbang dan merealisasikan pembangunan Malaysia MADANI.

Belanjawan 2023 yang akan dibentang hujung bulan ini memerlukan semua pihak berganding bahu dalam memacu pembaharuan ke arah Malaysia MADANI.

GLIC dan GLC mempunyai peranan khusus menyokong agenda pembangunan negara, terutamanya dalam memangkin pelaburan bagi sektor pertumbuhan baharu, menyokong pembangunan modal insan terutamanya penggajian graduan baharu dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

Selaras dengan elemen mampan dalam pendekatan MADANI, perbincangan merangkumi komitmen GLIC dan GLC untuk meningkatkan kemampanan industri sawit serta memacu tenaga boleh diperbaharui.

Beliau juga telah mengarahkan syarikat GLIC dan GLC, sebagai majikan dan perniagaan yang bertanggungjawab, untuk memastikan penyediaan pekerjaan yang bermaruah, pembangunan vendor dan PKS tempatan serta menyumbang kepada program kemasyarakatan, terutamanya program pembasmian kemiskinan. Ini adalah selaras dengan elemen ihsan dalam pendekatan MADANI.

Arkib Foto

Logo Accessibility