Seusai program di Pasar Siti Khadijah, YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II juga telah berkesempatan untuk turut serta dalam program mengibarkan Jalur Gemilang bersama kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai sebahagian aktiviti Kempen Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih warga BSN yang telah mengibarkan Jalur Gemilang di semua 390 cawangan di seluruh negara.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya dan berharap agar BSN sentiasa memberikan manfaat kepada Keluarga Malaysia.

![]() |
![]() |