Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan bersama Ketua Eksekutif CIDB Malaysia

Sesi Pertemuan bersama Ketua Eksekutif CIDB Malaysia

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan YBhg. Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini berkenaan pelaksanaan kursus peningkatan kapasiti di bawah CIDB.

Sebanyak dua siri telah dilaksanakan dan dengan pengumuman dana tambahan sebanyak RM10 juta di bawah Bajet 2022, lebih ramai kontraktor belia akan dapat dilatih di bawah program tersebut.

Dalam pertemuan tersebut juga, beliau turut menekankan supaya CIDB melaksanakan nilai tambah kepada latihan-latihan yang ditawarkan supaya para pelatih yang mengikuti kursus-kursus tersebut mempunyai kemahiran untuk melaksanakan projek-projek fizikal dengan lebih efisien dan berkualiti.

Beliau yakin dan percaya bahawa latihan-latihan sebegini amat penting di dalam memantapkan tenaga kerja sektor pembinaan bagi persiapan untuk melaksanakan projek-projek fizikal di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Arkib Foto

Logo Accessibility